Sang mentari sudah tegak bermaharajalela di langit yang luas. Waktu sekolah sudah tamat. Aku berasa amat letih kerana sudah enam jam suntuk aku duduk di dalam kelas dan belajar. “Finaz, jangan lupa nanti ada pertandingan bola jaring antara kelas!”teriak rakan sedarjahku sambil kelihatan urat lehernya timbul apabila aku keluar dari kelas yang amat riuh itu. Aku hanya mampu mengangguk kepalaku yang penuh dengan formula matematik.
Aku berasa seperti hendak pulang dan tidak mahu mengambil bahagian di dalam acara pertandingan antara kelas kerana tidak bermaya. Jam sudah menunjukkan pukul empat petang. Pertandingan itu akan bermula dalam lima belas minit lagi. Kegementaran mula bergayut di sudut hatiku. Jantungku bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadaku. Aku berkumpul bersama rakan sepasukanku dan pergi ke dewan sekolahku.
Dewan sekolahku mempunyai gelanggang bola jaring. Kami pun masuk ke dalam dewan yang amat besar dan sunyi sepi itu kerana tiada sesiapa pun yang berada di dalamnya. Aku sebagai seorang pemain bola jaring, aku tahu apa yang aku harus lakukan sebelum pertandingan itu. Aku menyuruh rakan sepasukanku untuk mengetip kuku mereka yang panjang dah tajam itu sebelum pengadil berasa tidak berpuas hati. Setelah itu, aku pun mengumpul mereka dan membuat beberapa senaman ringan sebelum pertandingan itu bermula. Semasa kami sedang lakukan senaman itu, kelihatan beberapa pasukan yang dari kelas yang lain dan guru yang menganjurkan pertandingan itu pun sudah tiba.
“Pertandingan bola jaring akan bermula dan saya harap semua perserta sudah sedia untuk bertanding,” kata guru itu sambil memegang papanberklip yang berwarna hitam seperti arang. Kami pun berhimpun dan setelah diberi taklimat, kami pun mengambil bib kami dan pergi ke tempat masing-masing. Aku berasa amat gementar. Terbang keluar segala keyakinan yang aku ada sebelum ku berdiri di tempatku ini. “Piiiiiiiiiiiiiiiiiiiit!” kedengaran bunyi wisel yang ditiup oleh pengadil itu menandakan permainan itu telah bermula. Dengan penuh semangat, aku melonjat untuk mencapai dan mengambil bola yang di campak ke arah siling dewan itu. Kedengaran suara yang lunak memanggil nama-nama kami sehingga memukul gegendang telinga. Apabila aku mendapatkan bola itu, dengan segera aku mencari kawanku yang berdekatan denganku dan melemparkannya.
Aku cuba untuk mendapatkan bola itu kembali daripada rakanku apabila seorang pasukan itu menolak aku sehingga aku hampir jatuh. Aku mula berasa amat marah dan tidak berpuas hati. Dadaku berombak-ombak. Rasanya hendak sahaja aku menolaknya kembali sehingga dia jatuh menciumi bumi! Aku pun meneruskan permainan aku itu dan aku berhasil mendapatkan beberapa gol untuk pasukan kami setalah berapa minit kemudian tetapi sahaja kami seri. Wajah masing-masing sudah diminyaki peluh.
Satu minit sebelum pertandingan itu berakhir, aku bertekad untuk bermain dengan amat kasar untuk mendapat kan gol yang terakhir supaya kita digelarkan pemenang pertandingan itu. Apabila aku mendapatkan bola itu di tanganku aku terdengar seorang rakanku berteriak, “Finaz, masukan aja bola itu di jaring itu cepat!” dengan penuh keyakinan, aku pun melonjat dan cuba untuk masukan bola itu di dalam jaringnya itu.
“Goooooool!!!!” kedengaran penyokong serta rakan sepasukanku menjerit apabila aku sudah memasukkan bola itu ke dalam jaring. Aku berasa amat bangga dengan diriku.Sinar gembira mengerlip di mataku. Kuntum kegembiraan mengembang di hatiku sekaligus menghalau debaran yang memukul dada. Rakan sepasukanku semua memelukku. “Dan pemenangnya adalah…. kelas 3A4!” kami pekik dengan gembira dan mengambil pingat emas kami. Aku amat bersyukur kerana dapat memenangi pertandingan ini.









